HILANG KELAYAKAN & HAK HADIR SIDANG DUA PERKARA BERBEZA!ĭesakan sumbang ini dibuat atas dasar konon proses rayuan pengampunan keatas Anwar yang disabit dengan kesalahan meliwat dan dihukum 5 tahun penjara sudah bermula dengan penyerahan petisyen oleh isteri & anak-anak Anwar kepada wakil Istana Negara liwat petang Isnin 24 Feb. Jadi bahan lawak senario lah kita! Mr Bean pun mungkin menangis tengok sarkis ini! Habis lepas ini CEO syarikat akan minta hadir mesyuarat Lembaga Pengarah, pengerusi PIBG akan minta hadir mesyuarat PIBG, presiden kelab bola akan minta hadir final bolasepak kelabnya.dan lagi.dan lagi.dan lagi!!! Padahal desakan sumbang ini wajib ditong-sampahkan sahaja! Tanpa perlu dipertimbangkan langsung!Īdakah wajar seorang banduan dibenarkan menghadiri sidang Dewan Rakyat? Jelas jawapan yang tidak seragam ini membuktikan tahap melatah yang kronik. Pelbagai kenyataan dikeluarkan daripada termasuk daripada Timbalan Menteri KDN yang berjanji 'akan mempertimbangkan sebarang permohonan' sehingga kepada Menteri KDN sendiri dengan kenyataan 'akan merujuk kepada Peguam Negara'. Banduan buat cara banduan.Īgak pelik kenapa beberapa pemimpin Kerajaan kelihatan terlalu apologetik dan melatah dengan begitu cepat apabila ada suara sumbang mendesak Anwar dibenarkan hadir sidang Parlimen yang dijadualkan bermula pada 09 Mac ini. Jabatan penjara telah umumkan Anwar tidak akan dibenarkan ke parlimen.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |